Hello 20 !
Thanks Allah It Is Friday !
Konon nya :
Kitorang bukan mengumpat! Tapi cakap benda yang betul !
Ha. Ini lah ayat golongan yang I gelar kan sebagai si BODOH SOMBONG. *tak tahu tapi berlagak tahu!
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Sudah lah mengumpat. Mulut yang hobi nya mengumpat tu pun tak reti nak diam time orang lain solat. Pasang lagu memekak sana sini,, gelak ketawa terkekek-kekek. *setan pun tak bising macam gitu punya rupa. Sudah lah bising. Solat pun entah ke mana. Sibuk pulak nak cari aib orang. *sibuk takut dengan hantu. solat pun taknak. mana tak berhantu rumah nie! Even Nabi S.A.W tak bagi orang yang baca Al-Quran baca kuat sampai mengganggu orang yang nak solat,, apatah lagi perempuan-perempuan yang sembang kosong tak ingat dosa pahala tu.
Dalil daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud yang bermaksud: “Ketika Nabi SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), Baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran), sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadat Baginda. Lalu Baginda mengangkat langsir dan bersabda: Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada Tuhan jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat.”
Sabar jea lah wahai Diya :) Dua tahun boleh sabar,, takkan setahun pun nak berkira kan? *tak sabar! tak sabar!
Dengan namaMu Ya Allah yang Maha Adil. Titip kan lah ketabahan buat ku untuk menahan segala umpatan,, cacian,, dan kejian yang keluar dari mulut perempuan-perempuan itu. Sesungguhnya segala perkataan tentang diriku dari mulut mereka tidak aku senangi dan Kau Maha Mengetahui. Aku bersumpah dengan namaMu Ya Allah Ya Rabb,, mereka akan di beri balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka dan dijadikan pengajaran buat mereka sepertimana yang telah engkau janjikan pada hambaMu ini. Tunjuk kan lah kepada ku, hambaMu yang kerdil ini jalan menuju keredhaanMu. Aminnn ya Rabbal 'Alamin~
Subscribe to:
Posts (Atom)