Hello people! Skroll ke bawah n u'll see part of me :) for those yang not interested,,SILA CLICK BUTANG 'X' YG WARNA MERAH KAT HUJUNG ATAS KANAN YEA. thanks :)

PERCEPTION & PERFECTION



ATTENTION!
ANY CONTENT IN THIS BLOG IS MY PERSONAL OPINION.
IF YOU DISAGREE, PLEASE SHOW SOME RESPECT AND BEHAVE YOURSELF :)


Okay. back to the main thing.
For today's post, I wanna express my thoughts about Malaysian stereotype thinking...
" Walaupun tak pakai tudung / sembahyang, tapi saya jaga maruah dan tingkah laku."
" Buat apa solat / pakai tudung kalau tak ikhlas! " 
" Don't judge a book by its cover!"
 "Alaaa.. sembahyang / pakai tudung tapi perangai buruk! "
" Kau sembahyang / pakai tudung tapi mengutuk mengumpat sana sini.  BAIK TAK PAYAH SEMBAHYANG /  BERTUDUNG "

Okay. 1st of all. Dalam dunia nie ada macam-macam ragam manusia. THAT'S THE MOST IMPORTANT THING THAT WE SHOULD KNOW. jangan expect semua people sama macam kamu. FAHAM? *yang tak faham tu sila pergi amek wudhu' supaya terang sikit hati INSYAALLAH.

My personal thoughts :

 Orang selalu cakap, orang yang sembahyang cukup, tutup aurat tapi perangai buruk nie baik tak payah sembahyang, buka tudung lagi bagus! wow wow wow. tahukah anda? SOLAT ITU TIANG AGAMA. ALLAH S.W.T TELAH MEWAJIBKAN WANITA MUSLIMAH MENUTUP AURAT TIDAK KIRA IKHLAS ATAU TIDAK. kalau keikhlasan itu dijadikan alasan, rasanya semua manusia nie tak nak ikut perintah Allah sebab susah sangat nak ikhlas. BETOL?? dekat dunia nie, boleh laah awak cakap kita kena ikhlas nak buat sesuatu. tapi kat hari kita dihidupkan balik nanti, dah tak boleh tak nak berhimpun kat padang mahsyar sebab tak ikhlas, dah tak boleh tak nak jumpa Pencipta nanti sebab tak ikhlas. okay? ngee~

Yang cakap macam nie pun ada..Aku tak sembahyang, tak pakai tudung pun tak buat jahat macam tu lah. lagi bagus daripada dia yang sembahyang cukup, pakai tudung labuh. heh! amboi amboi amboi! awak claim diri awak nie dah cukup suci semurni AIR ZAM ZAM, dah ada iman setinggi KLCC, hati sebersih hati Rasulullah s.a.w kea? konon-kononnya dah cukup menjamin kedudukan awak di sisi Allah S.W.T?? aiyok awak.. tak baik taw mengaku diri sendiri baik. tak cukup dengan tu, asyik nak condemn orang lain sana sini tak bagus. saya nak ingatkan kamu-kamu kat sini, including MYSELF, TAK SEMESTINYA ORANG YANG SOLAT TU BAIK, TAPI ORANG YANG BAIK ITU PASTI SOLAT. ada tak ustaz bagitawu dulu waktu kecik2 yang amalan pertama dihisab adalah sembahyang? aik! tak ada kea? haa..mesti korang ponteng kelas nie kan? hik hik.

Ada yang pulak cakap, sembahyang, pakai tudung, dah perfect. Tapi mengumpat sana sini. Apa punya perempuan?! okay. yang ini, baik lelaki or perempuan, ungkapan anda nie seolah-olah memperlekehkan orang yang sedang berusaha mentaati perintah Allah yang menyuruh hambaNya menyembah Allah dan menutup aurat (including kewajipan yang lain laah yea..) kita supposedly compare diri kita dengan kebaikan yang orang lain buat, instead of compare dengan orang yang lagi buruk perangai daripada kita supaya kita lebih usaha ikut ke arah kebaikan. eii budak kecik nie. kan dulu ibu ayah dah pesan, yang baik di ikut, yang jahat jangan di ikut. mungkin dia nie jenis tak pernah tinggal suruhan Tuhan tapi perangai tak berapa nak elok sangat, itu boleh jadi ujian Allah yang dikenakan kat dia supaya dia behave her/himself kan? kan manusia nie tak sunyi daripada dugaan. tak gitu?? hee~

Certain people cakap macam nie pulak.. Tak pakai tudung, tak sembahyang CONFIRM kea masuk neraka? Tuu kisah pelacur yang bagi minum anjing pun boleh masuk syurga, apa cerita? Kau sembahyang kerap mana pun, pakai tudung selabuh telekung pun CONFIRM kea tak masuk neraka haa?? okay ada penekanan pada perkataan confirm tuu. actually, kisah ahli-ahli maksiat yang diampunkan oleh Allah nie hanya untuk mengingatkan kita yang leka nie supaya bertaubat walau sebesar mana pun dosa yang kita buat sebab Allah Maha Pengampun. BUKANNYA UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI TIKET FREE UNTUK MENGHALALKAN SEMUA MAKSIAT. ada faham? dan kat sini saya nak bagitawu cik adik, cik abang kakak sume.. tak payah nak bangga sangatlaah kalau kita tak buat perintah Allah tuu kononnya sebab belum sampai seru. mati kita tak tahu bila. CONFIRM sempat kea kita nak bagi anjing minum sebelum sampai seru kematian? in case awak tahu mati bila, boleh laah siap sedia haribulan nak bagi anjing minum. tapi if tak, CONFIRM gelabah tahap extreme punya laah derr.. so, kita jangan laah main2 dengan perkataan 'confirm' nie yea.. wee~

Kita tak boleh ingkar perintah Allah s.w.t semata-mata kerana pemikiran stereotype orang lain. Jangan berhenti sembahyang walaupun perangai kurang manis, jangan buka hijab walaupun perangai kurang sopan. Berusaha laah untuk berperangai baik dan berkelakuan elok seiring dengan ibadat kita :) Kadang2, Allah s.w.t tak tegur kita direct.. Macam2 cara Allah boleh tegur kesalahan hambaNya. Contohnya dengan umpatan atau cacian orang, kita boleh ubah diri kita jadi lebih baik sebab tak nak maruah kita tercalar dengan kutukan-kutukan tu. Think positive laah yea people :)


You can't expect everyone to like you. You don't even like everyone. (Hanis Zalikha)



That's all. again, saya nak remind.. this is a random post yang mana saya rasa nak luahkan rasa hati :) harap maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata gurauan manja saya *ececehh.. hik hik. kalau ada unsur-unsur kritikan, pedas, sinis mahupun emo tak tentu pasal tu harap di ampunkan yea kawan-kawan. post nie bukan ditujukan untuk orang lain jea tapi diri sendiri jugak yang tak seberapa nie. *al maklumlah, bulan Ramadhan nie baik kalau kita berhijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. kan? kan? kan? hee~


1 comment:

HS said...

betul2. :)
kita bukannya insan yang sempurna nak 'judge' orang sedangkan diri sendiri tak semestinya sempurna.
cubalah perbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Copyright©lovaholic93.HAKMILIK KEKAL :)