Hello people :)
Lamaaaaa sangat rasanya tinggal blog ni. Bukan setakat bersawang, dah penuh dengan semak samun dah ni. Actually ada jugak rasa nak deactivate blog, tapi tapi tapi.. Tu lah dia..
I'm 20. And I've been through a lot! For those yang tak tahu, my mom passed away few months ago. Punca kematian? Em breast and brain cancer. Hmm. I'd be lying if I told you losing her was something I could handle. She suffered for three months, and anak-anak dia sempat lah mandi kan, jaga makan minum, salin kan pampers, basuh kan kencing berak semua, walaupun tak lah semana kalau nak bandingkan semua jasa dan kasih sayang dia selama ni. Selama tu, I thought she's gonna survive sebab ye lah, positive thinking kan. Lagipun, jiran sebelah rumah, rakan sebaya, pesakit kanser otak jugak and sekarang ni Alhamdulillah dia okay. Tapi, ajal maut di tangan tuhan. Alang-alang kepalang baca post ni, jom kita tadah tangan and sedekah kan al-fatihah untuk al marhumah JOHANA BINTI HUSSIN, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminn.
Jenis DIYA SUHAILI ni, tak suka ditegur hai, hello, apa khabar, are you okay? bila sedih. Memang takkan dilayan punya lah tak kira siapa pun. Kawan-kawan dari tadika sampai sekarang pun tak tahu yang ibu sakit, sampai dah meninggal, baru diberitahu. Well, I have my own reason for not telling people okay. Pi lantak hang lah nak cakap apa, I just dont care.
diya tu dah kenapa post marah-marah? buang tebiat ke hape.
Pernah ke sebelum ni uolls tengok iolls post maki-maki? tak hade kan. macam ni lah, semua orang ada limits kan, so paham-paham je lah :P sila unfriend kalau rasa tak suka. lulz.
aku faham perasaan kau. sabarlah.
ayat ni memang ayat mintak penampar bagi gua. *maaf ye. tapi betul, "sabarlah" is not my favourite word. sometimes, kita fikir kita faham apa yang orang lain rasa, mungkin sebab kita pun alami benda yang sama. tapi kena ingat, hati manusia lain-lain, perasaan takkan sama. situasi yang sama, tapi penerimaan tak akan pernah sama. *ececeh, berdrama pulak kat sini. puihh. tak faham lagi? okay macam ni lah. johnny dengan depp jatuh basikal, johnny nangis tapi depp ketawa. jatuh basikal sama, johnny sedih tapi depp rasa kelakar. faham? kalau tak faham lagi memang tragis, bak kata bruno mars > too young too dumb to realize! haha.
Itu je lah kot nak cerita. Nak cerita panjang takut berjela kalah penulis novel kat Malaysia. Kbai.